Adakah anda peminat sesuatu warna, sehinggakan segala-gala barang peribadi anda adalah warna yang sama?
Jika YA, anda adalah sama seperti seorang penyanyi dan juga pelajar aliran seni, Alison Jones yang terlalu meminati warna merah jambu.
Berusia 22 tahun, Alison menggelar dirinya sebagai ikon merah jambu dan telah mengenakan tema warna tersebut dalam semua barangan peribadinya setiap hari sejak tiga tahun lalu.
“Saya hanya memakai warna pink kerana itu adalah diri saya. Saya rasa lebih selesa dan memuaskan hati. Ia buatkan saya rasa gembira dan lebih yakin”
Beliau yang mengakui menjadikan trend pakaian Jepun iaitu “Harajuku” dan “Kawai”, akan bangun setiap hari seawal jam 4 pagi semata-mata memastikan pakaiannya kelihatan sempurna dan menarik. Yang penting, ia mestilah berwarna pink.
Alison juga mempunyai seorang kembar namun perbezaan antara mereka adalah, Alison menggemari warna pink, manakala kembarnya meminati warna hijau.
Sumber: BTV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.