Tahun lalu, kisah tiga penuntut kolej dilaporkan meninggal dunia di dalam kereta akibat keracunan gas monoksida di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di Samagagah, Pulau Pinang.
Insiden menyayat hati yang berlaku pada September 2020 lalu mendapat perhatian ramai apabila meragut nyawa gadis berkenaan.
Namun, seorang mangsa yang terselamat meluahkan rasa rndu kepada kakak kembar dan dua rakan dan berkongsi video kenangan di laman TikToknya.
Menerusi perkongsian video, Nor Aqilah memaklumkan mereka berempat tidak melelapkan mata sepert yang diperkatakan orang ramai.
“First of all, kami tidak tidur. Just stop kejap beli makanan, masuk dalam kereta terus tidak ingat apa dah.
“Kami cuma stop kejap sebab nak beli makanan je. Tak ada cakap letih nak tidur,” katanya.
Menurut Aqilah, saudara kembarnya Nor Adilah tinggal seorang di dalam kereta selepas dia membantu rakan mereka, dan Sharifah Fariesha dan Ayuni Shazwanie membawa makanan dan minuman yang dibeli.
Malah, mereka berempat berbual dan tiada seorang pun yang tertidur kerana tujuan asal berhenti adalah untuk makan sahaja.
Namun, dia bermimpi kakaknya sepanjang koma dan memberitahu seakan pengsan di sebuah pulau.
“Lepas masuk kereta, ada borak sekejap lepas itu tak ingat. Bangun buka mata sahaja sudah ada di hospital,” ujarnya.
Setelah sedar daripada koma, bapanya baru memaklumkan berita duka berkenaan sebaik berpindah ke wad biasa.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.