Adakah anda mempunyai teman wanita yang lebih tinggi daripada anda?
Mempunyai ketinggian 6 kaki 8 inci, atau kira-kira 183 sentimeter, Elisany da Cruz Silva merupakan seorang gadis remaja paling tinggi di dunia.
Sama seperti gadis remaja biasa, Elisa juga mempunyai teman lelaki, Francinaldo, cuma teman lelakinya itu hanya mempunyai ketinggian normal seperti lelaki biasa, iaitu kira-kira 5 kaki 4 inci.
Ditanya apakah yang membuatkan Elisa memilih teman lelakinya itu, jawab Elisa; “Dia melayan saya dengan baik dan tidak memandang pelik dengan ketinggian luar biasa saya ini”.
“Cuma bezanya ketika kami keluar bersama dan memegang tangan, ramai menganggap dia adalah seperti adik saya”, tambah Elisa lagi.
Elisany menjadi tular sekitar 2010 akibat ketinggiannya itu yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon pada kelenjar pituitari, menyebabkan ketinggiannya bertambah dengan mendadak. Doktor yang merawatnya ketika itu khuatir sekiranya Elisa akan semakin bertambah ketinggiannya setiap tahun.
Gadis berusia 22 tahun ini juga pernah terpaksa menamatkan persekolahan kerana mempunyai kesukaran untuk masuk ke dalam bas sekolah yang tidak ngam dengan saiz badannya.
Sumber: Barcoft TV
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.