Masa kini, sukan bola sepak bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki semata-mata, malah ia juga menjadi sukan pilihan bagi kaum wanita.
Menerusi satu video yang tular dilaman sosial Twitter sejak minggu lalu menunjukkan sekumpulan gadis daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bharu, bermain bola sepak sesama mereka.
Namun apa yang uniknya adalah, aksi mereka yang menjaringkan gol masuk melalui jaring bola kerajang telah mencuri perhatian ramai, sehinggakan ia dikongsi semula oleh laman rasmi Twitter FIFA Women's World Cup.
Video yang dikongsikan oleh Nur Fadilah ini sehingga kini mendapat jumlah tontonan sehingga 794 ribu dengan pelbagai respon oleh warganet.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.