Satu perkampungan Samburu di Kenya memperkenalkan satu kawasan khas bagi melindungi wanita dan kanak-kanak, dimana perkampungan ini adalah bebas daripada lelaki.
Ia berikutan perkampungan Samburu yang masih menggunakan sistem patriarki yang ketat, menyebabkan wanita tidak dapat mempertahankan diri daripada keganasan kaum lelaki, hingga mereka mudah ditindas.
Ekoran daripada penindasan ini, kaum wanita yang dikenali sebagai Umoja nekad membina kawasan mereka sendiri dan hidup dengan menghasilkan kraf tangan yang dijual kepada pelancong.
Namun begitu, kaum lelaki di kampung Umoja membantah pembinaan kampung ini dengan menyifatkan ia akan mendatangkan pelbagai masalah termasuk mendakwa bahawa wanita tidak pandai menguruskan diri.
Sumber: VICE
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.