Sarah Abulkhair, seorang pelajar di American University of Cairo, telah menarik perhatian pengguna media sosial serata dunia minggu lepas dek kerana cadangannya untuk mengadakan BBQ menggunakan api daripada roket.
Segalanya bermula apabila Sarah memuatnaik di laman Instagram, kononnya dia telah dihubungi NASA berkenaan cadangan untuk mengurangkan masalah kebuluran dunia.
Tidak lama kemudian, Sarah memuatnaik pula screenshot kononnya dia telah dihubungi oleh Netflix, Buzzfeed and Ellen DeGeneres. Cerita berkenaan juga telah mendapat perhatian dunia dan ramai yang percaya dengan cadangan BBQ itu.
Walaubagaimana pun, ia hanyalah eksperimen sosial dan kesemua mesej di Instagramnya itu hanyalah rekaannya semata-mata.
Translation: “Regarding Sarah Abulkheir and Nada and the BBQ Party thing and that everything turned out to be a prank! I just wanna say that from the first moment my friend saw Sarah’s screenshots and the message of NASA writing “to much” she said that NASA will not send a message with typos and write “to” instead of “too”.
Eksperimen sosial berkenaan hanyalah untuk menunjukkan kesia-siaan menggunakan media sosial dan bagaimana boleh menjadi popular dengan mudah.
Sumber: Albawaba
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.