Lagu Dance Monkey nyanyian asal kumpulan Tones And I telah menjadi siulan ramai sehinggakan ia trending seluruh dunia sejak ia mula dimuatnaik pada 10 Mei 2019.
Ramai juga selebriti yang membuat nyanyian semula lagu ini, termasuk salah seorang Youtuber dari Jawa Barat, iaitu Cheryll atau nama panggilannya Ail.
![lebih 13 juta tonton gadis berhijab ini cover lagu dance monkey,](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/jan-2020/screenshot-2020-01-02-at-2-27-09-pm.png)
Ail yang merupakan salah seorang ahli dalam krew Putih Abu-Abu telah berkongsi video nyanyian cover Dance Monkey menerusi akaun Youtube dan mendapat lebih 13 juta view dalam masa dua minggu sejak ia dimuatnaik.
![lebih 13 juta tonton gadis berhijab ini cover lagu dance monkey,](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/jan-2020/screenshot-2020-01-02-at-2-27-17-pm.png)
![lebih 13 juta tonton gadis berhijab ini cover lagu dance monkey,](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/jan-2020/screenshot-2020-01-02-at-2-27-26-pm.png)
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Youtube ini memuji suara malah senyuman gadis tersebut yang sangat memikat hati.
Terdahulu, penyanyi Zizi Kirana turut membuat cover lagu Dance Monkey dan dikongsi semula menerusi akaun Instagram @era.je.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.