Asia Got Talent merupakan satu pentas yang mengetengahkan bakat-bakat luar biasa di rantau Asia. Menampilkan juri tetap iaitu David, Anggun dan Jay Park, peserta perlu memikat hati mereka untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
Begitu juga yang dilakukan oleh 4 orang gadis berhijab dari Malaysia ini apabila mereka berani mempertaruhkan bakat suara mereka dipentas Asia Got Talent.
Terdiri daripada graduan dari Universiti Malaya, mereka adalah Nur Fazrina, Noor Syamimi, Norfazira dan Nur Farahida.
Menerusi lagu Bad Romance, persembahan daripada kumpulan NAMA ini berjaya memikat hati Anggun dan Jay Park, serta penonton di studio yang berdiri dan bersorak. NAMA juga berjaya ke pusingan seterusnya di Asia Got Talent.
Sumber: Asia’s Got Talent
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.