Instagram antara aplikasi media sosial yang paling banyak digunakan. Media sosial yang bersifat gambar dan video ini sentiasa menarik perhatian orang ramai.
Untuk tahun 2018, Instagram telah memperkenal beberapa ciri-ciri baru. Ini adalah ciri-ciri tersebut:
1. IGTV
IGTV ni khas untuk video. Kalau dulu ada instastory dan bertahan 24 jam dan hanya dalam 15 saat, tapi untuk IGTV anda boleh upload video yang berdurasi 10 minit. Video ini juga akan berkekalan pada akaun Instagram anda.
2. Video Call
Sekarang Instagram dah memperkenal aplikasi panggilan video. Lepas ni boleh lah anda menggunakan Instagram untuk menghubungi rakan-rakan yang lain. Jadi, tak ada alasan lagi untuk tidak menjalin silaturrahim dengan rakan-rakan yang berjauhan.
3. Explore Page Yang Baru
Kalau anda perasan, Instagram telah mengemaskini explore Instagram. Antara yang terbaru adalah reka bentuk layout yang baru, dan juga Instagram akan tolong anda menegnalpasti akaun mana yang paling sesuai dengan anda.
4. Soal Jawab Di Instagram
Instagram juga telah memperkenalkan stiker baru iaitu Question Sticker. Dengan sticker ni anda boleh buat sesi soal jawab dengan pengikut akaun anda.
5. Instagram Muzik
Yang ini belum ada di semua negara lagi. Tapi, sudah dilancar di beberapa negara. Lepas ni kalau anda memuat naik story, anda boleh letak sekali video muzik kegemaran. Jadi, tak lah boring sangat insta story tu kan?
So apa lagi penambahan yang anda mahukan di Instagram?
Sumber: Later
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.