Adakah anda mempunyai bilangan following yang banyak di Instagram, namun menyedari bahawa tidak semuanya aktif?
Berita baik, Instagram kini dilaporkan sedang menguji fungsi dimana ia akan menyarankan akaun manakah yang perlu berhenti diikuti.
Fungsi ini ditemui oleh pengguna Twitter, Jane Manchung Wong, memaparkan akaun paling rendah kadar interaksinya sejak 90 hari dan juga akaun paling kerap muncul pada timeline.
Dengan fungsi ini, adalah lebih mudah untuk anda melihat akaun yang tidak mendapat perhatian anda atau terlalu banyak di timeline hingga mungkin menjengkelkan anda.
Walaubagaimana pun, tidak diketahui bila fungsi ini akan diaktifkan kepada umum.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.