Fungsi baharu kini dikemaskini di dalam Aplikasi MySejahtera yang membolehkan pengguna mencetak sijil vaksinasi mereka menggunakan format Dokumen Mudah Alih (PDF) untuk kegunaan rentas negeri atau negara.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan fungsi itu ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.
“Kemaskini terbaharu di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” katanya.
Beliau membalas ciapan yang dibuat seorang pengguna Twitter @khairycordoba yang menerangkan mengenai sijil digital yang boleh disimpan menerusi format PDF itu.
Fungsi butang “Aduan” juga salah satu fungsi baharu yang memudahkan orang ramai melaporkan sebarang bentuk pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) di premis atau tempat yang mereka kunjungi.
Oleh: Muhammad Izwan Zainal
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.