Blue Hole, merupakan tumpuan penyelam skuba kerana menempatkan habitat akuatik yang unik dan jarang ditemui.
Terbaru, sebuah blue hole telah ditemui di Terumbu Tingkayu, Lahad Datu, Sabah dan ia menarik minat penyelidik-penyelidik dari Taman-Taman Sabah (TTS). Satu kajian saintifik menerusi Ekspedisi Saintifik bagi mengumpul data sumber marin di Teluk Darvel pada 14 Februari lalu.
Perjalanan ke Blue Hole itu memakan masa kira-kira 30 minit dari Silam Coast Conservation Area (SCCA). Blue Hole ini ditemukan dengan dua struktur lubang, kedalaman 15 meter ke dasar laut, dan merupakan satu-satunya blue hole di Malaysia.
Selain Blue Hole di Sabah ini, terdapat 3 lagu Blue Hole yang terkenal di dunia iaitu The Great Blue Hole di Belize, Blue Hole Deam di Bahamas dan Dragon Blue Hole di China.
Sumber: Rojak Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.