Peralatan perlindungan diri (PPE) yang dipakai petugas barisan hadapan bertujuan melindungi si pemakai daripada risiko jangkitan. Ia melibatkan beberapa lapisan pakaian dan hanya boleh dipakai sekali apabila ditugaskan.
Namun kini pemakaian PPE tidak terhad kepada petugas barisan hadapan, malah ia diwajibkan kepada semua penumpang pesawat di Filipina.
Filipina mewajibkan pemakaian PPE lengkap ini selepas negara itu menunjukkan lonjakan sehingga 500,000 kes.
Peningkatan kes itu berlaku ketika Filipina berdepan kritikan gagal membuat keputusan dan memperoleh vaksin COVID-19 untuk rakyatnya.
Jangkitan kes baharu di Filipina pada Isnin merekodkan sebanyak 2,163 kes, menjadikan jumlah kini 502,736, kedua tertinggi di Asia Tenggara dengan 9,909 kes kematian.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.