Pengarah filem seram, James Wan dilaporkan akan menghasilkan semula filem zombi Korea, Train To Busan.
James Wan sebelum ini terkenal dengan filem arahannya, The Conjuring, telah meletakkan filem Train To Busan dalam senarai filem seram yang ingin dihasilkannya dalam masa terdekat.
Filem Train To Busan yang diarahkan sebelum ini oleh Yeon Sang-Ho mengisahkan sekumpulan manusia yang terperangkap di dalam kereta api yang menuju ke stesen kereta api Busan dan diserang oleh sekumpulan zombie. Walaupun filem Train to Busan ini menjadi antara filem terbaik sepanjang tahun 2016, namun filem itu hanya mendapat sambutan di pasaran Asia sahaja.
Disebabkan itu, James Wan ingin menghasilkan semula filem Train To Busan untuk pasaran Hollywood.
Sumber: Screenrant
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.