Buat peminat filem The Conjuring terbitan Warner Bros dan New Line Cinema, filem ini akan kembali lagi menghantui peminat pada September 2020.
Menerima tajuk rasmi, "The Conjuring: The Devil Made Me Do It", siri ketiga ini akan mendedahkan kes keganasan yang dahsyat disebabkan oleh roh jahat.
Sinopsis ringkas untuk filem kali ini mengisahkan tentang lelaki yang sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh. Namun lelaki itu mendakwa pembunuhan itu berlaku kerana dia dirasuki oleh roh jahat.
Sama seperti filem The Conjuring sebelum ini, filem ketiga ini juga adalah berdasarkan kisah benar fail kes Ed dan Lorrine Warren.
Mengikut perancangan, filem 'The Conjuring: The Devil Made Me Do It' ini akan ditayangkan diseluruh pawagam pada 11 September 2020 kelak.
Sumber: Slashfilm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.