Filem romantik Indonesia, Dilan 1991 sememangnya amat dinantikan oleh peminat daripada Malaysia.


Mendapat jumlah tontonan lebih 5 juta dalam masa lima hari tayangan di Indonesia, filem ini telah diarahkan oleh Fajar Bustomi dan dibintangi oleh Iqbal Ramadhan sebagai Dilan dan Vanesha Priscilla sebagai Milea di samping Jerome Kurnia dan Adhisty Zara.



Filem sekuel daripada Dilan 1990 diadaptasi daripada novel popular Dia Adalah Dilanku Tahun 1991 karya Pidi Baiq, mengisahkan tentang cinta sepasang kekasih, Dilan dan Milea di Kota Bandung sekitar 90-an. Penonton akan dibawa untuk merasai suka-duka kisah percintaan Dilan dan Milea.
Menariknya, filem ini juga akan ditayangkan dipawagam terpilih di Malaysia bermula 11 Julai ini.
Ada sesiapa yang tak sabar untuk menonton filem Dilan 1991?
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.