Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

‘Ada Hantu’, Filem Sulung Arahan Hairul Azreen Bakal Menghantui Hidup Anda

Strim bila-bila masa di mana jua eksklusif di Disney+ Hotstar bermula Jumaat ini, 13 Ogos ini.
Muhammad Izwan Zainal
12 Aug 2021, 06:12 PM

Adakah anda sudah bersedia untuk dihantui dengan filem tempatan, Ada Hantu yang bakal ditayangkan di Disney+ Hotstar bermula Jumaat ini, 13 Ogos?

Filem ini berkisahkan mengenai Aliff lakonan Zahiril Adzim, seorang YouTuber yang tidak mempercayai hantu lalu mencabar rakan-rakannya untuk bermalam di sebuah banglo lama tinggalan tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua.

‘ada hantu’, filem sulung arahan hairul azreen bakal menghantui hidup anda

Banglo itu dipercayai dimiliki tentera Jepun yang amat kejam dan akan membunuh sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya.

Namun, Aliff berasa tidak selesa apabila malam menjelma dan dia menyedari rumah banglo itu bukan seperti yang dia bayangkan.

Filem seram ini dibintangi barisan pelakon hebat Shiqin Kamal sebagai Bariah, Hairul Azreen sebagai Talha, Elvina Chua sebagai Sasha, dan Nafiez Zaidi sebagai Jimmy.

‘ada hantu’, filem sulung arahan hairul azreen bakal menghantui hidup anda

Ada Hantu merupakan filem sulung arahan Hairul Azreen dan dia berkongsi pengalaman mencabar sebagai seorang pengarah dalam pembikinan filem ini.

“Sebagai pengarah untuk sebuah filem adalah tanggungjawab yang besar dan ia bukanlah mudah seperti yang disangka tapi saya teruja untuk menghasilkan karya ini dan bersyukur diberikan peluang ini,” kata Hairul.

‘ada hantu’, filem sulung arahan hairul azreen bakal menghantui hidup anda

Sebagai teraju utama, Shiqin Kamal melihat ia tanggungjawab yang besar untuk memegang watak bagi menjadikan sesebuah filem itu berjaya dan sampai mesejnya kepada penonton.

“Apabila dia (Hairul) mengarah atau memberi komen, dia sangat teliti tentang arahan yang diberikan dan itu memberikan saya lebih semangat dan galakkan untuk buat lebih baik,” ujar Shiqin.

Barisan pelakon lain juga memuji Hairul sebagai seorang pengarah yang sangat jelas dengan apa yang dia mahukan dan ia memberikan kelebihan kepadanya yang mempunyai pengalaman sebagai seorang pelakon.

‘ada hantu’, filem sulung arahan hairul azreen bakal menghantui hidup anda

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton Ada Hantu eksklusif di platform penstriman Disney+ Hotstar yang menyajikan pelbagai filem-filem tempatan dan antarabangsa.

Penonton boleh menyaksikan siri asli, drama, dan filem yang menarik dengan melanggan  Disney+ Hotstar di DisneyPlusHotstar.my atau melalui aplikasi Disney+ Hotstar hanya RM54.90 untuk tiga bulan.

Pelanggan Pek Movies Astro pula hanya perlu mengaktifkan di astro.com.my/Disney dan boleh strim pelbagai siri kegemaran di Disney+ Hotstar. Pakej istimewa Disney+ Hotstar turut disediakan untuk pelanggan Astro yang lain di astro.com.my/Disney.

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}