Jika sebelum ini timbul ura-ura mengatakan Cristiano Ronaldo bakal menjadi muka depan permainan FIFA19, nampaknya ia bukanlah pilihan syarikat EA Sport.
FIFA19 telah menggantikan wajah pemain Portugal itu dengan Neymar, Kevin De Bruyne dan Paulo Dybala.
Pengguguran Cristiano Ronaldo dari menjadi muka depan kotak permainan FIFA19 dipercayai ada kaitan dengan skandal yang melibatkan pemain Juventus itu.
Bagaimana pun, EA Sports menegaskan ia adalah bagi meraikan bakat beberapa pemain lain yang berbeza.
“Sempena Liga Juara-Juara (UEFA) Champions League, kita ingin menawarkan pelbagai kandungan baharu kepada pemain yang boleh mencerminkan keterujaan dunia bola sepak sebenar.
“Kita sering meraikan bakat yang berbeza dalam permainan kami dan peringkat kalah mati UEFA Champions League bakal berlangsung.
“Oleh itu, kita ingin mengetengahkan beberapa bintang besar dalam dunia bola sepak dan memberikan pemain baharu pelbagai kandungan yang menarik," kata jurucakap EA dalam satu kenyataan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.