Setiap tahun, pasti ada fesyen baju Melayu atau baju kurung yang viral, memenuhi cita rasa pelanggan. Begitu juga untuk tahun 2019 kali ini, rekaan baju Melayu ala baju kelawar kini viral dilaman Facebook.
Dipetik dari Awani, rekaan baju Melayu kembang itu mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya mendakwa telah merosakkan imej pakaian tradisional kebanggaan orang Melayu.
Baju Melayu dengan rekaan lebar pada bahagian lengan dan senteng pada badan itu turut digambarkan orang ramai sebagai patung orang-orang disawah padi dan juga fesyen ‘tutup perut’.
Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan baju Melayu versi itu direka dan siapa pereka fesyennya.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.