Fenomena Halo Matahari menarik perhatian orang ramai apabila kejadian itu berlaku pada tengahari tadi.
Ia dilihat dengan jelas seakan gegelung cincin sedang mengelilingi matahari seperti lingkaran pelangi.
Kesemua penduduk negeri di Semenanjung Malaysia dapat melihat fenomena ini dan difahamkan ia diselaputi awan nipis atau dikenali sebagai awan cirrucumulus (komulus awan)
Fenomena ini juga terjadi disebabkan cahaya Matahari melalui hablur ais berbentuk heksagon yang terdapat pada awan Sirus.
Cahaya akan terhasil pada suatu sudut sehingga munculnya lingkaran cahaya yang mengelilingi Matahari.
Seorang jurugambar sambilan, Fuad Nizam yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan sempat merakamkan fenomena itu dengan lensa kameranya.
Perkongsian fenomena halo matahari ini memberikan gambaran yang jelas betapa indahnya kejadian semulajadi ini yang berlaku kira-kira 10.15 pagi sehingga tengahari pada Isnin.
Kredit Foto Fuad Nizam
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.