Keterujaan orang ramai terserlah apabila dapat menyaksikan fenomena alam yang jarang berlaku iaitu gerhana bulan penuh 'Super Flower Blood Moon' yang muncul malam tadi.
Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang ramai hanya menonton fenomena itu secara langsung melalui laman YouTube dan Facebook milik Planetarium Negara memandangkan kemudahan teleskop tidak dibuka.
Fenomena kedua ialah 'Flower Moon' kerana berlaku pada musim bunga dan 'Blood Moon' pula kerana warna bulan bertukar kemerah-merahan seolah-olah bulan berdarah.
'Blood Moon' hanya berlaku pada 7.11 malam hingga 7.26 malam, kira-kira 15 minit pada fasa gerhana penuh.
Namun, 'Super Moon' dan 'Flower Moon' pula dapat dilihat sepanjang malam sehingga Subuh.
Rata-rata warganet memilih menonton fenomena tersebut di Facebook Planetarium Negara dan lebih 465,000 ribu tontonan diperoleh daripada siaran langsung itu.
Sumber: Facebook Planetarium Negara
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.