Fenomena gerhana bulan Penumbra dijangka akan berlaku sekitar pukul 6.58 petang hingga 8.03 malam dan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu pada 19 November ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook milik Planetarium Negara, pihaknya memaklumkan gerhana bulan Penumbra kali ini sebagai gerhana bulan terlama yang pernah terjadi antara tahun 2001 hingga 2100.
“Fenomena gerhana bulan ini boleh dilihat dengan jelas tanpa binokular atau teleskop di beberapa kawasan di seluruh dunia namun ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar di Malaysia.
“Gerhana bulan yang bakal berlaku pada Jumaat depan ini akan mengambil masa selama 3 jam, 28 minit dan 23 saat di mana bumi akan menghalang 97 peratus permukaan bulan daripada terkena cahaya matahari.
“Dalam tempoh ini, sebahagian permukaan bulan akan kelihatan seperti kemerah-merahan,” katanya.
Malah, fenomena gerhana ini hanya terjadi dua kali dalam setahun dan peristiwa seterusnya dijangka akan berlaku pada 16 Mei tahun hadapan.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.