Banyak perkara yang pelik dan unik berlaku di media sosial. Namun siapa sangka, begitu ramai yang gemar menonton seorang lelaki yang hanya tidur tanpa berbuat apa-apa secara live?
Itu yang berlaku kepada seorang lelaki dari Kluang, Johor yang dikenali sebagai AC Hami apabila beliau hanya membuat tayangan live streaming di Facebook dirinya sedang tidur.
Apa yang lebih menarik, kira-kira 1,015 penonton sedang melihat live streaming tersebut dalam satu-satu masa, malah jumlah tontonan pernah mencecah 60,000 orang!
Lelaki ini juga sempat berkongsikan tips mudah untuk tidur seperti dirinya:
1. Tarik nafas sedalam mungkin dengan mulut dan hembus perlahan-lahan melalui hidung.
2. Kosongkan fikiran dan fikirkan sifir dan teruskan mengira sebanyak mungkin sehingga anda tidur.
3. Hanya fikirkan apa yang buatkan anda tertidur.
Bukan sahaja tontonan tinggi, malah warganet juga amat menyukai tayangan live stream tersebut.
Sumber: Facebook AC Hami
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.