Untuk pertama kalinya dalam sejarah, kita mengetahui perancangan yang dilakukan oleh Marvel Studio bagi fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU).
Bertempat di Hall H, San Diego Comic Con malam semalam, terdapat sekurangnya 10 projek MCU bagi tempoh 2 tahun berikutnya.
Berikut adalah antara yang diumumkan oleh Marvel di Comic-con:
1. Black Widow, yang dibintangi oleh Scarlett Hohansson dan Rachel Weisz, diarahkan oleh Cate Shortland, akan berada di pawagam pada 1 Mei 2020.
2. The Eternals, dibintangi oleh Angelina Jolie dan Salma Hayek, diarahkan oleh Chloe Zhao, akan berada dipawagam pada 6 November 2020.
3. Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings, filem pertama Marvel yang menggunakan superhero dari Asia, dibintangi oleh Simu Liu, diarahkan oleh Destin Daniel Cretton, akan berada di pawagam pada 12 Februari 2021.
4. Doctor Strange in the Multiverse of Madness, dibintangi oleh Benedict Cumberbatch dan Elizabeth Olsen (a.k.a Scarlet Witch), akan berada dipawagam pada 7 Mei 2021.
5. Thor: Love and Thunder, dibintangi oleh Chris Hemsworth bersama-sama Natalie Portman (juga dikenali sebagai Thor wanita yang pertama), berada dipawagam pada 5 November 2021.
Selain itu, Marvel juga mengumumkan projek-projek lain seperti filem Fantastic Four, X-Men, Black Panther, Captain Marvel, dan juga Blade.
Siapa lagi yang tak sabar untuk fasa ke-4 MCU?
Sumber: VOX / Marvel
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.