Facebook mungkin menjadi antara medium komunikasi yang perlu ada pada semua orang masa kini. Namun, yang menjadi masalah serius buat Facebook ialah, kehadiran banyak akaun-akaun palsu yang mungkin digunakan untuk tujuan tidak baik.
Atas alasan itu, Facebook telah mengambil langkah dengan memadam akaun-akaun palsu ini.
Menurut Facebook, pada suku ke-4 2018, terdapat 1.2 billion akaun palsu telah dipadam, dan pada suku pertama 2019 ini sahaja, Facebook telah memadam lebih 2.19 billion akaun palsu!
Tambah Facebook lagi, mereka akan terus menambah pelbagai kaedah baru bagi mengelak percubaan melanggar polisi penggunaan perkhidmatan mereka.
Sumber: FACEBOOK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.