Terbaru, Facebook mengumumkan akan melancarkan aplikasi yang dikenali sebagai Lasso pada sistem operasi iOS dan juga Android.
Dipercayai akan menjadi saingan kepada TikTok, pengurus produk, Bowen Pan memberitahu aplikasi berkenaan membolehkan pengguna menghasilkan video pendek yang kelakar dan menghiburkan, serta boleh berkongsi kepada rakan-rakan.
Sama seperti aplikasi TikTok, Lasso menggunakan featur kamera dan kesan sampingan dan pengguna boleh menghasilkan video yang mereka mahu hanya dihujung jari.
Dijangkakan aplikasi Lasso ini mampu bersaing dengan TikTok dan juga Vine.
Sumber: Star
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.