Selepas tertangguh hampir setahun, Euro 2020 akan membuka tirainya malam ini, biarpun dunia masih berdepan pandemik COVID-19.
Aksi pembukaan di Stadio Olimpico, Rome akan berlangsung awal pagi esok di mana tuan rumah Itali akan menentang Turki di hadapan 16,000 penonton.
Walaupun penularan virus COVID-19 masih berleluasa, presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) Aleksander Ceferin menegaskan Euro 2020 akan berlangsung dengan selamat.
“Ia akan menjadi peluang terbaik untuk menunjukkan kepada dunia yang Eropah sedang menyesuaikan diri.
“Eropah kembali hidup dan meraikan kehidupan. Eropah sudah kembali,” katanya
Keputusan penganjur membenarkan penonton masuk di mana Puskas Arena mengikut kapasiti penuhnya menyerlahkan keyakinan tinggi ditunjukkan kota Budapest, Hungary.
Namun, 11 gelanggang lain hanya membenarkan kapasiti terhad untuk penonton dengan Denmark menaikkan kapasiti daripada 16,000 kepada 25,000 untuk perlawanan di Copenhagen.
Manakala, Munich hanya membenarkan 22 peratus daripada kapasiti Allianz Arena sekitar 14,500 penonton.
Sumber: AFP News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.