Salah sebuah enjin pesawat terbakar ketika mahu berlepas dari sebuah lapangan terbang di negeri New Jersey yang membawa sejumlah penumpang.
Memetik laporan ABC News, juruterbang pesawat itu terpaksa membuat keputusan untuk mendarat semula apabila melihat percikan api di salah satu enjin kapal terbang tersebut.
Difahamkan, enjin kapal terbang sebuah syarikat penerbangan itu terbakar setelah ia merempuh seekor burung besar ketika mahu berlepas.
Malah, burung itu dikatakan terbang dekat dengan enjin pesawat sebelum terlanggar oleh kapal terbang berkenaan.
Pesawat berkenaan dalam penerbangan ke Fort Lauderdale dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Raya Atlantic, New Jersey ketika kejadian berlaku.
Namun, semua penumpang dilaporkan selamat apabila menerima arahan untuk meninggalkan kapalr terbang itu dengan menggunakan tangga kecemasan.
Semua penumpang dan kru kemudian dibawa balik ke terminal dengan menggunakan bas.
Para penumpang turut diberikan baucar penerbangan dan tambang mereka dibayar balik oleh syarikat penerbangan itu.
Sumber: ABC News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.