Perlawanan sengit awal pagi tadi menyaksikan England menewaskan Denmark 2-1 dalam aksi di Wembley.
England berjaya mara ke final dan ia adalah final kejohanan utama pertama buat England sejak Piala Dunia 1966.
Kapten pasukan, Harry Kane melakukan jaringan pada masa tambahan di minit ke-105 untuk memastikan Three Lions beraksi di pentas final.
Jaringan pembukaan berjaya dilakukan Denmark menerusi Mikkel Damsgaard pada minit ke-30 berjaya memukau 60,000 penonton di stadium.
Namun, gol sendiri Simon Kjaer telah memberikan gol penyamaan buat England sebelum tamat babak pertama.
Jaringan oleh Kane meletakkan pemain Tottenham ini sebaris dengan rekod 10 gol dibuat Gary Linker dalam aksi utama kejohanan.
Perlawanan akhir England akan bertemu Itali pada Ahad ini di Stadium Wembley.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.