Penularan wabak coronavirus atau Covid-19 masih belum reda kerana beberapa negara seperti Pakistan, Romania, Georgia, Greece, Norway dan Brazil telah mencatatkan kes pertama positif Covid-19.
Daripada jumlah itu, ia menjadikan sebanyak 48 negara terjejas Covid-19 dengan 82,167 kes positif diseluruh dunia.
Memetik laporan Awani, Menteri Kesihatan Romania Victor Costache berkata, kes pertama negara itu membabitkan pesakit yang mempunyai kontak secara langsung dengan seorang rakyat Itali yang berkunjung ke Romania awal bulan ini.
Dalam perkembangan lain, Itali kini mencatatkan 447 kes dengan 12 kematian, menjadikan ia negara paling ramai dijangkiti di Eropah.
Arab Saudi juga telah menggantung visa kemasukan jemaah umrah dari negara-negara yang dijangkiti berkuatkuasa hari ini.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.