Elon Musk yang juga merupakan billionair Amerika Syarikat telah memperkenalkan kapal angkasa baru dikenali sebagai SpaceX Starship.
Kapal angkasa ini digunakan untuk membawa manusia pergi dan balik ke Bulan, Marikh dan lebih jauh.
Kapal yang boleh digunakan semula dan boleh mendarat secara menegak akan menjalani ujian penerbangan dalam masa beberapa minggu lagi.
Ia mempunyai ketinggian 118 meter, mampu membawa sehingga 100 orang anak kapal dalam satu-satu masa.
Buat masa ini, bilionair dan usahawan Jepun, Yusaku Maezawa serta beberapa artis terkenal telah membuat tempahan perjalanan mengelilingi Bulan menaiki Starship pada 2020-an.
Tambah Musk matlamat utamanya adalah untuk menempatkan manusia di Planet Marikh.
Ada yang nak duduk Marikh ke?
Sumber: NPR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.