Jika durian menjadi antara buah-buahan kegemaran dinegara dan rantau ini, berbeza pula dengan di Sweden.
Durian mendapat tempat khas dalam Muzium Makanan Paling Menjijikkan (Disgusting Food Museum) di Sweden, kerana ia mengeluarkan bau dan rasa yang menjijikkan di dunia.
Muzium berkenaan menempatkan pelbagai makanan yang menjijikkan diserata dunia seperti surtomming (makanan dalam tin berupa ikan mentah dari Sweden), casu marzu (keju dengan ulat dari kepulauan Sardinia), Cuy (tikus belanda yang di gril dari Peru), tofu busuk dari China dan Hakari (jerung yang diperap dari Iceland).
Disgusting Food Museum di Malmo, Sweden ini akan dibuka kepada umum pada akhir bulan ini.
Sumber: Malaysia Post
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.