Artikel ini ditaja oleh DuitNow
Kredit: DuitNow, Canva; Edit: ERA
Goalllll! Haa, jangan peliklah kalau malam-malam dengar ramai bersorak goal sebab sekarang musim bola, Piala Dunia 2022.
Ye lah, perlawanan piala dunia ni bukan selalu, empat tahun sekali jer peminat bola sepak seluruh negara nak berkumpul sokong negara masing-masing.
Tambahan pula tahun ni, macam-macam kejutan muncul. Negara yang tak disangka-sangka pun boleh ‘tundukkan’ pasukan hebat.
Memang sengit tahun ni dan sebab itulah rugi kalau tak ikuti setiap perlawanan!
Tapi nak layan piala dunia 2022 ni sebenarnya lagi meriah kalau bersorak ramai-ramai.
Sorakan goal dan semangat bola tu lebih feel!
Haaa, sebab itulah korang wajib sertai DuitNow Football Fever Party yang diadakan di setiap negeri korang!
Tapi Apa Yang Menariknya DuitNow Football Fever Party?
#1 Semangat World Cup Lebih Terasa! Sorak Sakan!
Kredit: DuitNow
Kalau lepak mamak pun dah meriah, bayangkan kalau layan match di parti bola macam DuitNow Football Fever Party ni. Lagi extra riuh lah!
Korang boleh tengok sendiri gelagat penyokong pasukan negara masing-masing.
Ada yang serius, ada kuat bersorak dan tidak kurang juga yang emosi! 😂
Macam-macam gelagat muncul, tapi waktu piala dunia ni sajalah yang korang boleh tengok semua kerenah ni. Paling best bila bersorak goal tu! Fuh!
#2 Extra Meriah, Penyampai Radio Pun Turun!
Kredit: DuitNow
Memang kecohlah parti DuitNow Football Fever Party! Kalau penyampai radio popular pun ‘turun padang’ join sekali layan match perlawanan Piala Dunia 2022.
Kalau korang nak tengok Haniff Hamzah daripada ERA serta beberapa penyampai radio lain, korang kena datang DuitNow Football Fever Party!
Dengar kata ada banyak game dan aktiviti fun yang korang boleh layan sambil-sambil tengok perlawanan bola!
Tak cukup dengan itu, ada juga artis popular yang turut sertai DuitNow Football Fever Party!
Macam Ahad lalu, penyanyi muda popular Irfan Haris pun ada ya! Meriah! 🎉
Tapi ingat, bukan semua tempat tau diorang turun, jadi korang kena pantau lokasi-lokasi terpilih!
#3 Bayar Makan Guna DuitNow! Mudah & Selamat
Dah nama pun tengok bola, tak complete lah kalau tak ada makanan, minuman atau kudap-kudapan.
Semua itu penting untuk pastikan kita bertenaga dan sentiasa segar, layan match sampai pagi!
Kalau dulu kena cari mesin ATM, keluar duit tunai sekarang dah maju guys!
Korang boleh guna DuitNow je bayar setiap makanan or menu yang korang pesan. Tak perlu dah bawa dompet tebal-tebal.
Kredit: DuitNow
Paling bagus bila guna DuitNow ni, pembayaran korang lebih cepat, mudah dan paling penting selamat!
Mudah je korang follow step ni :
- Buka aplikasi perbankan mudah alih pilihan korang dan pilih DuitNow QR. Untuk e-Dompet, buka aplikasi tersebut dan ikuti langkah-langkah biasa untuk pembayaran QR.
- Imbas DuitNow QR peniaga.
- Masukkan amaun, sahkan butiran dan buat pembayaran.
- Terima pengesahan pembayaran.
Kredit: DuitNow
Tapi apa bezanya kalau guna DuitNow QR di DuitNow Football Fever Party? 👇
#4 Guna DuitNow QR, Hadiah Menarik Menanti!
Memang rugi kalau tak join DuitNow Football Fever Party! sebab korang berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dan eksklusif.
Buat saja bayaran guna DuitNow dan korang mungkin boleh bawa pulang pelbagai baucar hadiah!
Sambil berbelanja, menang pula hadiah. Mana nak dapat guys? Jadi cepat-cepat lock tarikh korang ke DuitNow Football Fever Party berhampiran.
#5 Ada 16 Lokasi 8 Negeri Terpilih!
Kredit: DuitNow
Setakat ini pesta bola DuitNow Football Fever Party! telah berlangsung dengan penuh meriah di beberapa lokasi termasuk Pulau Pinang, Kedah dan Perak!
Bukan setakat di situ, ada banyak lagi negeri membabitkan lokasi terpilih yang bakal digegarkan oleh DuitNow Football Fever Party!
Jadi korang kena standby di negeri masing-masing untuk join parti bola ni okay.
Semua parti bola bakal bermula jam 10 malam hingga 1 pagi tau!
Kalau nak tahu mana lokasi seterusnya dan info lanjut korang boleh check out sini 👉 DuitNow Football Fever Party!