Perompak bertindak mencuri wang tunai berjumlah RM1,200 serta barangan peribadi milik seorang wanita dan ibunya ketika mangsa sedang menziarah kubur di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang pada Selasa.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, kira-kira jam 6.48 petang pihaknya menerima laporan daripada mangsa.
“Siasatan awal dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa bersama ibunya meletakkan kenderaan jenis Perodua Axia miliknya di dalam pekarangan Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang untuk menziarahi kubur ayahnya.
“Setelah selesai menziarahi kubur, mangsa mendapati cermin keretanya di bahagian depan sebelah kiri telah dipecahkan,” katanya.
Tambahnya, mangsa mendapati beg tangan miliknya dan ibunya telah hilang selepas selesai menziarahi kubur.
Pelbagai barangan peribadi miliknya juga hilang lesap diambil perompak berkenaan.
“Antara barangan yang hilang adalah dua buah telefon bimbit jenis Vivo dan Samsung, dokumen pengenalan diri.
“Selain itu, turut hilang wang tunai RM1,200, kad ATM dan sebiji loket emas,” katanya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan saksi kejadian atau orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan di balai polis berhampiran.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.