Bagi menggalakan orang ramai untuk menerima suntikan vaksin COVID-19, restoran di Dubai kini sudah mula menawarkan diskaun kepada pelanggan yang sudah mendapatkan suntikan berkenaan.
Sehingga kini Emiriah Arab Bersatu (UAE) sudah melaksanakan suntikan vaksin COVID-19 kepada 2.5 dari 10 juta penduduknya.
Menerusi satu iklan yang diedarkan oleh rangkaian restoran tempatan di Dubai, menunjukkan iklan, “Spread love, not Rona,” (Sebarkan kasih sayang, bukan Rona) dimana Rona merujuk kepada virus korona, dengan tawaran diskaun 10 peratus kepada penduduk yang sudah mendapatkan dos pertama suntikan, manakala potongan harga 20 peratus untuk pelanggan yang sudah melengkapkan kedua-dua dos.
Pelanggan yang datang ke restoran hanya perlu menunjukkan bukti seperti sijil perubatan bagi menandakan mereka benar-benar sudah mendapatkan vaksin berkenaan.
Meskipun begitu, ada penduduk yang kurang senang dengan tindakan tersebut yang dilihat sebagai ‘taktik pemasaran’ semata-mata.
UAE sebelum ini telah pun memulakan program vaksinasi besar-besaran sejak Disember tahun lalu, menggunakan vaksin keluaran Sinopharm dan Pfizer-BioNTech.
Sumber: Khaleej Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.