Dubai bakal menerima kunjungan pelancong apabila selesai membina sebuah kolam renang terdalam di dunia.
Kolam sedalam 60 meter itu bernama Deep Dive Dubai yang terletak di Nad El Sheba I, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
Ia hanya terletak dalam 25 minit dari Bandar Antarabangsa Dubai dan diiktiraf Guinness World Records pada 22 Jun lalu mengalahkan pemegang rekod dunia sebelum ini iaitu Deepspot di Poland sedalam 45 meter.
Pengalaman untuk menyelam di dalam air bersuhu 30 darjah celcius bakal memberikan keterujaan buat pengunjung apabila dapat menjelajah seakan sebuah bandar terbengkalai yang tenggelam.
Malah, lebih 56 kamera dipasang di sekitar kolam renang untuk memastikan keselamatan penyelam terjamin sepanjang sesi menyelam.
Ruang hiperbarik dengan kapasiti 12 orang juga disediakan di dalam kolam renang itu untuk tujuan kecemasan.
Sumber: CNN
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.