Seorang pengguna Facebook telah menarik perhatian warganet selepas menyedari pokok yang disiramnya setiap hari selama dua tahun adalah pokok tiruan.
Caelie Wilkes telah berkongsi kisahnya di Facebook dengan menyatakan beliau merasa bangga apabila perlu menjaga pokok tersebut selama dua tahun ini.
Beliau menyiram pokok itu setiap hari dan meletakkan ia pada cahaya matahari pada tingkap dapur dan menjaga ia dengan cukup baik.
Namun selepas dua tahun, Caelie mahu memindahkan pokok ini kepada pasu yang lebih besar kerana menyangka ia sudah cukup besar. Namun beliau tidak menyangka terdapat satu lagi pasu kecil yang diisi dengan kabus di dalamnya.
Menyedari ia bukanlah pokok sebenar, Caelie mendapati kesemua daun pada pokok itu adalah plastik dan hanyalah pokok tiruan yang dilekatkan gam pada batangnya dan dicucuk pada kabus tersebut.
Perkongsian oleh Caelie ini mendapat perhatian ramai dan sehingga kini sudah lebih 6.9 ribu komen yang nyata terhibur dengan hantaran terbabit.
Sedihnya!
Sumber: Facebook
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.