China-ASEAN Forum on Dentistry (CAFD), adalah salah satu platform untuk kerjasama pergigian antara negara China dengan negara-negara anggota ASEAN.
Memasuki tahun ke-4 penganjuran China-Asean Excellent Young Dental Student Forum, menariknya untuk edisi kali ini adalah pencalonan dua orang pelajar dari Fakulti Pergigian Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama-sama dalam 25 senarai calon untuk anugerah berkenaan.
Dua pelajar berkenaan adalah Nursheila Rosli dan Syaza Nazihah, yang merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Pergigian UiTM, membawa kertas penyelidikan mereka bertajuk ‘Effect of Water Purification Systems on Fluoride Content in Home Water Supply’, menjadi satu-satunya wakil pelajar Malaysia bagi 4th China-Asean Excellent Young Dental Student Forum pada tahun ini.
Undian secara atas talian di pautan https://xnhc.cafd.org.cn/young, sedang berlangsung sehingga 20 November, menyaksikan setakat ini mereka mengumpul 13,252 undian, setakat artikel ini ditulis.
Sumber: UiTM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.