Akhirnya selepas dua minggu berada di dalam gua Tham Luang, Thailand. Enam pelajar dan juga pemain bola sepak Thailand berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat. Dua daripada mereka berjaya dikeluarkan pada jam 8 malam (waktu Malaysia). Mereka berdua kini dirawat di hospital lapangan berdekatan gua tersebut.
"Kami menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas mereka sebelum mereka dipindahkan ke Hospital Chiang Rai," kata Ketua Jabatan Kesihatan Chiang Rai, Tossathep Boonthong, kepada Reuters.
Misi mengeluarkan mereka sangat berbahaya kerana laluan yang sangat sempit dan kebanyakan dari mereka tak tahu berenang.
Ini adalah kronologi kejadian ini.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.