Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

KKM Kesan Dua Kes Pertama Delta Plus Di Malaysia Melibatkan Kes Import

Jaga diri semua! Patuhi SOP!
Muhammad Izwan Zainal
07 Nov 2021, 02:38 PM

Dua kes pertama COVID-19 subvarian Delta AY.4.2 atau Delta Plus dikesan di Malaysia dan ia disahkan Kementerian Kesihatan (KKM).

kkm kesan dua kes pertama delta plus di malaysia melibatkan kes import

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes-kes tersebut merupakan kes import yang dikesan daripada pelajar Malaysia yang pulang dari United Kingdom.

“Kedua-dua rakyat Malaysia ini telah sampai di KLIA pada 2 Oktober 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR dan didapati negatif untuk SARS-CoV-2 bagi sampel pertama.

“Walau bagaimanapun keputusan tersebut positif apabila diuji pada sampel kedua yang diambil pada 7 Oktober 2021 semasa dalam tempoh kuarantin,” katanya.

kkm kesan dua kes pertama delta plus di malaysia melibatkan kes import

Tambahnya, proses penjujukan genom penuh dijalankan terhadap sampel-sampel tersebut di UKM Medical Molecular Biology (UMBI-UKM) dan laporan keputusan dikeluarkan pada 30 Oktober lalu.

Malah, beliau menegaskan varian AY.4 merupakan salah satu daripada 75 jenis ‘lineage’ yang berasal dari varian Delta.

“Salah satu sublineage AY.4 adalah Varian AY.4.2 yang juga dikenali sebagai “Delta Plus”. Varian AY.4.2 ini mempunyai dua (2) mutasi tambahan pada protein spike iaitu Y145H dan A222V.

kkm kesan dua kes pertama delta plus di malaysia melibatkan kes import

“Agensi Keselamatan Kesihatan UK pada 20 Oktober 2021 telah menetapkan AY.4.2 sebagai Variant Under Investigation (VUI).” ujarnya.

Namun, usah risau kerana vaksin yang digunakan ketika ini masih berkesan terhadap varian berkenaan, manakala langkah-langkah pencegahan seperti kuarantin dan ujian saringan dapat mengurangkan risiko penularan varian tersebut di Malaysia.

“KKM akan terus memantau dengan teliti dari semasa ke semasa bagi mengesan kewujudan subvarian Delta dalam komuniti,” ujarnya.

Setakat ini, lebih 42 negara telah mengesan varian tersebut yang merupakan salah satu sub varian Delta. 

Sumber: Awani
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}