Sejak hujung minggu lalu, tular foto dua individu yang memakai gelang merah jambu di kawasan parkir Bukit Bendera, Pulau Pinang, sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat.
Bagaimanapun, kedua-dua individu ini bukanlah berstatus pesakit dibawah pengawasan (PUS) COVID-19.
Menurut laman Sebenarnya.my, gelang merah jambu yang dipakai mereka adalah dari sebuah kedai haiwan peliharaan dengan tulisan ‘Husky and the gang’.
Laporan telah diterima oleh Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong pada 2 Ogos, yang mendakwa melihat seorang lelaki dan wanita memakai gelang pink dikawasan bukit peranginan itu kira-kira jam 3.25 petang.
Siasatan mendapati, lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator kilang dan wanita berusia 22 tahun itu pula sebagai pembantu kedai dan mereka tiada rekod jenayah lampau.
Kedua-duanya mendakwa ke kedai haiwan peliharaan di New World Park, pada 12.30 tengah hari, 2 Ogos lalu dan dipakaikan tag atau gelang tangan pink bertulisan ‘Husky And The Gang’ oleh pekerja kedai terbabit.
Katanya, memandangkan pasangan itu ingin ke kedai haiwan itu semula pada sebelah malam, mereka tidak menanggalkan gelang terbabit bagi mematuhi syarat ditetapkan premis itu.
Sumber: Sebenarnya.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.