Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

trending

[VIDEO] Tempat Letak Kereta Jadi Medan Perang? Netizen Terhibur Biawak Disangka ‘Berpelukan’ Rupanya Sedang Berlawan

Dua ekor biawak dilihat berlawan di tempat letak kereta di sebuah kampus di ibu negara.
29 Jul 2021, 06:04 PM

Sekumpulan wanita terkejut apabila menjumpai dua ekor biawak bersaiz panjang dan besar sedang berpelukan.

Kejadian itu dirakam sekumpulan wanita yang sedang berada di dalam kereta di tempat letak kereta Bangunan Cultural Activity Centre (CAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

[video] tempat letak kereta jadi medan perang? netizen terhibur biawak disangka ‘berpelukan’ rupanya sedang berlawan

Video tersebut mendapat perhatian warganet yang terhibur dengan aksi ‘pelukan’ dua ekor haiwan berkenaan di parkir yang kosong itu.

Malah, kedua-dua ekor biawak itu seakan sedang menari seperti pasangan romantik.

Hakikat sebenarnya, biawak itu difahamkan sedang berlawan kerana haiwan ini akan bergaduh dengan biawak yang lain untuk merebut sesuatu kawasan atau mendapatkan biawak betina.

[video] tempat letak kereta jadi medan perang? netizen terhibur biawak disangka ‘berpelukan’ rupanya sedang berlawan

Penggunaan kuku yang tajam memainkan peranan dalam berlawan sesama biawak yang lain untuk menumpaskan lawannya.

Rata-rata warganet agak terhibur dengan video yang dikongsikan itu dan menganggap ia insiden yang kelakar serta jarang dilihat dengan mata sendiri.

“Kelakarlah first time tengok depan mata,” komen salah seorang warganet.

“Kalau berpeluk tandanya sedang bergaduh, besar betul biawak ini,” ujar warganet.

Setakat ini, perkongsian video itu meraih lebih 679,000 ribu tontonan, 8,200 ribu ulang ciap dan 9,800 ribu tanda suka.

Kredit Twitter @adriananaziha

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}