Masa kini ramai yang suka untuk memesan makanan menggunakan servis penghantaran terus ke rumah mahupun pejabat masing-masing. Ia mungkin lebih memudahkan pengguna dan menjimatkan masa serta tenaga.
Terbaru, servis penghantaran makanan ini akan mula berkuatkuasa di negara ini dengan menjadikan Cyberjaya sebagai kawasan ujian.
Hamdee Hamdan, CEO Average Dron Sdn Bhd berkata, servis penghantaran makanan menggunakan dron ini cuma mengambil masa sekitar 12 minit selepas tempahan dibuat. Syarikat ini akan berkolaborasi bersama syarikat Futurise yang dikelolakan oleh Cyberview dibawah Kementerian Kewangan.
Servis penghantaran menggunakan dron ini ditawarkan sekitar dua kilometer daripada bangunan Futurise di Cyberjaya dan cas penghantaran cuma RM2.50.
Tak sabar rasanya nak tunggu ia diperluaskan dikawasan-kawasan lain pula.
Sumber: Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.