Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan dos penggalak (booster dose) kepada warga emas berusia 60 tahun dan ke atas serta anggota barisan hadapan yang telah menerima dos lengkap sekurang-kurangnya enam bulan lepas.
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan individu yang layak akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera manakala bagi individu tidak mempunyai aplikasi itu, pemakluman akan dibuat melalui pesanan ringkas atau panggilan telefon oleh Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
“Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Objektif pemberiannya untuk memastikan tempoh perlindungan optimum diperolehi oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia.
“Dos penggalak merupakan dos tambahan yang perlu diberikan kepada seseorang yang sebelumnya mendapat perlindungan mencukupi selepas vaksinasi lengkap namun perlindungan tersebut menurun dari semasa ke semasa (waning immunity),” katanya.
Klinik swasta (GPs) di bawah penyelarasan ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. akan menerajui bagi pemberian dos penggalak ini
Sumber: Awani, Bernama
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.