Proses menyelamatkan pasukan bola sepak dan pembantu jurulatih masih dijalankan. Ianya dalah proses yang sangat rumit memandangkan air masih lagi tinggi dan jalan untuk ke tempat mereka berlindung sangat sempit. Banyak diver profesional seluruh dunia menyertai misi menyelamatkan mereka.
Malangnya salah seorang antara mereka iaitu Saman Gunan meninggal dunia kerana kehabisan oksigen semasa dalam perjalanan keluar dari gua Tham Luang menghantar tangki oksigen kepada mereka.
"Tugasnya adalah untuk menghantar oksigen. Namun dia kehabisan oksigen semasa dalam perjalanan keluar," menurut kenyataan rasmi.
Saman Gunan adalah bekas penyelam tentera laut Thailand. Namun, dia kembali menyertai sebagai volunteer untuk sama-sama menyelamatkan pasukan bola sepak dan penolong jurulatih.
Saman Gunan
Cave diving adalah salah satu pekerjaan paling sukar di dunia
"Keadaan dalam gua sangat rumit. "
"Dalam perjalanan keluar selepas menyediakan tangki oksigen, dia pengsan."
"Rakannya cuba beri first aid, tapi dia tak memberi tindak balas. Kami membawanya keluar dan beri lagi sekali first aid, tapi dia masih tak sedarkan diri. Jadi, kami terus membawanya ke hospital"
Pasukan bola sepak Thailand dan penolong jurulatihnya masih belum lagi dibawa keluar daripada gua tersebut.
Sumber: BBC dan Al-Jazeera
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.