Buat mereka yang menggunakan jalan simpang empat Kajang-Dengkil, pasti anda pernah merasakan 'azab' berada dalam kesesakkan trafik yang sangat teruk disini.
Kesesakkan di simpang empat yang menghubungkan Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Salak Tinggi, dan KLIA ini sudah sekian lama berlaku sehingga pengguna jalan raya ini menggelarkan ia sebagai 'Simpang Neraka'.
Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega selepas jambatan baru sudah siap dibina dan akan dibuka bulan ini.
Memetik hantaran oleh Media Selangor dan Cyberjaya Info, persimpangan FT29/FT31 ini akan dibuka Mac ini dan ia menjadi satu khabar gembira buat pengguna yang melalui jalan terbabit.
Sumber: Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.