Sejak beberapa hari lalu, tular satu status dari seorang pengguna media sosial menyatakan mendengar bunyi meriam dari arah Gunung Panti atau Johor Lama.
Bunyi meriam itu adalah sebagai amaran banjir dan akan menandakan berlakunya banjir besar yang dikatakan menenggelamkan bandar Kota Tinggi, Johor.
Namun menurut Pegawai Daerah Kota Tinggi, Farizal Ismail berkata, dakwaan tersebut adalah sebagai 'cakap-cakap kosong sahaja', dan menafikan bunyi meriam misteri terbabit.
“Ada viral kata bunyi meriam semua. Itu cakap-cakap kosong sahajalah kita pun tidak tahu.
“Di peringkat daerah kita bersedia dengan apa juga keadaan. Sekarang yang menjadi tumpuan adalah kawasan di Sedili tetapi jika terlibat banjir di bandar kita akan gerakkan aset ke bandar,” katanya.
Menurut Farizal lagi, penduduk dan pengguna media sosial seharusnya bersama-sama mendoakan kesejahteraan agar kawasan itu pulih daripada banjir, daripada membuat sebarang spekulasi dan kenyataan palsu.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.