Penjaga gol Manchester United, David De Gea meluahkan rasa kecewa terhadap prestasi Man Unted sejak awal musim lalu sehingga awal musim ini.
Pada perlawanan malam semalam, Man United tewas 1-0 keatas Newcastle hasil jaringan pemain remaja, Matty Longstaff.
De Gea bercakap kepada wartawan selepas perlawanan;
“Saya tidak tahu nak cakap apa sebenarnya telah berlaku.
“Ini tidak boleh diterima. Bukan sahaja [kekalahan] dalam perlawanan ini, namun prestasi seluruh musim.
“Ini adalah detik paling sukar [di Manchester United] sejak saya tiba di kelab ini.
“Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku. Malah kita tak mampu untuk menjaringkan satu gol sekalipun dalam 2 perlawanan.
“Kita gagal mencipta peluang gol dengan baik. Kami bertahan dengan baik. Namun pasukan ini harus bangkit. Kita ada beberapa isu kecederaan membeleggu pasukan, namun itu bukan alasannya.
“Kita ada adalah Manchester United, kita harus terus berlatih bersungguh-sungguh, melawan dan memenangi perlawanan,” kata De Gea seperti dipetik dari portal Semuanya Bola.
Perlawanan berikutnya, Manchester United akan bertemu pendahulu liga, Liverpool selepas minggu rehat antarabangsa.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.