Penduduk di Desa Bulung Cangkring, daerah Jekulo, Kudus dekat Indonesia gempar apabila menemui daun pisang yang berwarna putih tumbuh dari sebatang pokok pisang.
Daun pisang itu dikatakan mirip seakan kain kafan, hingga kisahnya tular di media sosial.
Memetik laporan dari Detik News, seorang penduduk disitu, Siti Sukoco berkata, beliau merasa hairan mengapa daun pisang berkenaan tumbuh dengan warna sedemikian.
“Saya hairan melihat daun pisang yang berwarna putih seperti kain kafan itu. Tetapi daunnya tampak sedikit layu,”
Daun pisang itu tumbuh dalam kawasan halaman penduduk desa berkenaan, yang dikatakan bersebelahan dengan kawasan kubur.
Fenomena yang jarang berlaku ini membuatkan kawasan berkenaan kini menjadi tumpuan penduduk dan pelancong yang rata-ratanya hairan melihat daun pisang tersebut.
Bagaimanapun menurut Pengendalian Hama Tumbuhan (POPT-PHP) daerah Jawa Tengah, daun pisang menjadi warna putih ini adalah antaranya disebabkan kehadiran virus fusarium. Selain itu, ia terjadi mungkin kerana tidak mendapat cahaya matahari mencukup.
“Daun pisang itu berwarna putih disebabkan oleh virus fusarium. Selain daripada itu juga, ianya adalah disebabkan oleh akar tanaman pisang yang busuk, kerana persekitaran tanah yang lembab, dan kurangnya cahaya matahari,” kata Pegawai POPT-PHP Jawa Tengah, Sucipto.
Sumber: Detik News
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.