Atlet terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg mengakui berasa janggal apabila bergelar Datuk.
Biarpun tidak selesa namun dia harus membiasakan dirinya setelah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak di Bangunan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak bersama 16 penerima pagi Sabtu.
“Ini merupakan memori yang terindah,” ujarnya.
Beliau juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.
Ratu Terjun Negara itu mahu menjadikan penganugerahan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun negara.
“Ia memberi motivasi kepada saya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara” katanya.
Beliau juga ahli sukan pertama dari Sarawak yang memperoleh gelaran ini, pada usia semuda 28 tahun.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.